D ZULL MANAGEMENT & SERVICES|A SUBSIDARY COMPANY OF DZMS (M) SDN BHD
|
|
|
|
|
|
|
|
D ZULL MANAGEMENT & SERVICES
B4-03-03 Hata Square, Jalan Mewah 1/1, Pandan Mewah, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
Tel : +6012 605 3897
Email :dzmsonline@gmail.com
Blog : dzmsonline.blogspot.com
DZMS Music Talent - Dzulfadzly
ABOUT HIM
About Dzulfadzly Zammani
Dzulfadzly Zammani merupakan seorang jejaka yang pernah menjadi penyanyi latar untuk ramai penyanyi terkenal di Malaysia .
Kerana terpesona dengan keajaiban vokal penyanyi Amerika Syarikat, Mariah Carey membuatkan beliau tertarik untuk menyertai “Mariah Carey International Online Singing Competition 2008 – The M Factor” .
Tanpa diduga beliau berjaya menempatkan dirinya di persada antarabangsa tatkala terpilih menjadi peserta ‘Top 12' . Atas slogan ‘Malaysia Boleh!' beliau akhirnya dinobatkan pemenang tempat ke-4 dalam pertandingan ini yang baru saja tamat awal Januari 2009 yang lalu.
Pertandingan ini sesungguhnya satu cabaran hebat yang dilaluinya apabila Dzulfadzly membawa nama Malaysia sekaligus mewakili negara untuk memperjuangkan suara dan nyanyian beliau. Pertandingan yang didominasi oleh peserta dari Barat ini telah dianjurkan oleh laman web Kelab Peminat Mariah Carey iaitu Mariah Daily Journal dan mendapat sambutan hangat apabila menerima penyertaan awal sebanyak 1000 penyertaan yang mencuba nasib dari seluruh dunia.
Penyertaan Dzulfadzly dalam pertandingan ini adalah untuk memperdengarkan nyanyian beliau di peringkat antarabangsa sekaligus untuk mendapat maklum balas dan kritikan yang amat berguna agar dapat digunakan untuk memperbaiki nyanyian beliau. Ini kerana, melalui pertandingan ini, nyanyian beliau diperdengarkan, dinilai, dikritik dan diundi oleh pendengar antarabangsa khususnya yang melawat ke laman web Mariah Daily Journal yang menerima pelawat secara purata 1 juta seminggu.
Kini apabila pertandingan sudah tamat, Dzulfadzly yakin untuk mengorak langkah ntuk menjadi penyanyi secara profesional . Cita-cita Dzulfadzly amatlah besar. Beliau bukan saja mahu mendapat tempat di tanah air sendiri, malahan beliau ingin turut dikagumi di peringkat antarabangsa.
Dzulfadzly diuruskan oleh syarikat pengurusan DZMS (M) Sdn Bhd. DZMS kini telah memulakan proses untuk mencari lagu-lagu yang sesuai untuk dimuatkan dalam album pertama beliau. Mengikut perancangan, konsep lagu yang bakal diketengah kan oleh Dzulfadzly adalah ‘Easy Listening Pop-R&B ‘.
Adalah dirancangkan, ‘single' pertama Dzulfadzly nanti merupakan sebuah lagu duet berbahasa Melayu dengan penyanyi lagenda dari Indonesia, Dewi Yull. Setelah mendengar lagu-lagu nyanyian Dzulfadzly yang dipertandingkan di M Factor, penyanyi Dewi Yull telah melahirkan hasrat untuk berduet dengan Dzulfadzly dalam sebuah lagu baru dan berhasrat untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer dari Malaysia.
Selain versi duet, lagu ini nanti akan dirakamkan dalam beberapa versi lain iaitu versi solo Dzulfadzly, versi Bahasa Inggeris, Bahasa Kantonis dan Bahasa Jepun untuk pasaran yang lebih global. ‘Single' pertama ini dijangka kedengaran mulai bulan May 2009.
Maka dengan itu, Dzulfadzly & DZMS amat mengalu-alukan kerjasama daripada pengiat-pengiat muzik berpengalaman dan baru yang ada di Malaysia.